Thursday, November 19, 2020
Kenyataan Media - Slot Program TV Pendidikan
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SLOT PROGRAM TV PENDIDIKAN DIDIKTV@NTV7 DI
SALURAN NTV7
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Media Prima Berhad (MPB) telah bersetuju untuk berkerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV@NTV7 di saluran NTV7. Kerjasama KPM dan MPB ini adalah inisiatif tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang sebelum ini disiarkan menerusi saluran TV Okey, RTM dan saluran Tutor TV, di Astro.
Dapatkan versi lengkap Kenyataan Media Slot Program TV Pendidikan >> Sila Klik [ KPM ]
...................................................................................................................................................................................................................................................................
Saturday, November 14, 2020
Salam Deepavali 2020
.....................................................................
Warga Kerja
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah
Mengucapkan
Salam Deepavali 2020
28 Rabi'ulawal 1442H| 14 November 2020
kepada Semua Warga Pendidikan
.....................................................................
Monday, November 9, 2020
Teks Ucapan Dr. Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan "Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Serta Peperiksaan Awam Tahun 2020"
DR. RADZI JIDIN
MENTERI KANAN PENDIDIKAN
“PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KPM SERTA PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2020”
8 NOVEMBER 2020
..........................................................................
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera, 1. Bersama-sama saya pada pagi ini adalah kedua-dua Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Pengoperasian Sekolah untuk Baki Tahun 2020
2. Tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar bagi seluruh dunia, termasuk juga negara kita yang begitu terkesan dengan pandemik COVID-19. Keadaan pada masa ini merupakan satu situasi yang sukar kepada semua dan perlu kita harungi bersama. Tambahan pula, dalam situasi negara menghadapi gelombang ketiga pandemik COVID-19 dengan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi, KPM memerlukan pendekatan yang berbeza dan ada kalanya pendekatan tersebut adalah luar daripada kebiasaan.
Dapatkan versi lengkap Teks Ucapan Menteri Kanan Pendidikan >> Sila Klik [ KPM ] dan Infografik [operasi l sekolah l periksa]
.........................................................................................................................................................................
Friday, November 6, 2020
Modul Kemahiran Kecekapan Psikososial Dalam Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS [2008]
Modul Kemahiran Kecekapan Psikososial Dalam Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS [2008] dibina untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kesedaran guru serta murid tentang pendekatan kemahiran kecekapan psikososial [life skills] dalam menangani masalah sosial serta mengamalkan sikap lebih positif dalam kehidupan seharian. Pendekatan menerapkan nilai murni dan norma kemanusiaan sejagat yang mulai ini selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai teras tama pembangunan negara. Modul ini mengabungkan pelbagai sumber maklumat termasuk Modul Life Skills Based Education [UNICEF] dan Modul Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS [UNESCO].......
Dapatkan versi lengkap Modul Kemahiran Kecekapan Psikososial Dalam Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS [2008] >> Sila Klik [pdf atau e-Book]
...........................................................................................................................................................................................
Thursday, November 5, 2020
Dasar Satu Murid Satu Sukan [1M 1S]
Dasar Satu Murid Satu Sukan [1M 1S]
Dasar Satu Murid Satu Sukan [1M 1S] mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
Dasar Satu Murid Satu Sukan [1M 1S] mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
...........................................................................................................................................................................................
Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah
Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:
:> Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani)...
...........................................................................................................................................................................................
Kenyataan Media - Penutupan Institusi Pendidikan Di Kawasan Merah Di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN ZON MERAH DI DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selaras dengan perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh KKM, KPM memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang akan ditutup bermula 6 November 2020 sehingga 20 November 2020. Ini melibatkan sebanyak 56 institusi pendidikan di seluruh daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Dapatkan versi lengkap Kenyataan Media >> Sila Klik [ KPM ]
...........................................................................................................................................................................................
Manual Kem Sukan Sekolah [2013]
Manual Kem Sukan Sekolah [2013]
Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid dapat
menikmati manfaat bersukan bagi melahirkan insan yang sihat dan cergas. Dasar ini adalah
selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk mebudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan
dimulakan di peringkat sekolah.
Manual ini dibina khusus untuk membantu guru-guru dalam melaksanakan program Kem Sukan
Sekolah di peringkat sekolah dan di peringkat daerah...
Dapatkan versi lengkap Manual Kem Sukan Sekolah 2013 >> Sila Klik [pdf atau e-Book]
...........................................................................................................................................................................................
Monday, November 2, 2020
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu - KPM
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu - KPM
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu ini mengandungi sepuluh skop utama yang telah dikemas kini berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang dikeluarkan pada 4 Jun 2020 serta semua garis panduan tambahan [annex] yang dikeluarkan sebelum ini...
Sila Klik [Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu - KPM] untuk Muat Turun
...........................................................................................................................................................................................
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum - KPM
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum - KPMGaris Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada pentadbir serta guru di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.
Sila Klik [Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum] untuk Muat Turun
...........................................................................................................................................................................................
























