
HAL EHWAL MURID [BAKAT MURID - Kokurikulum l Kesenian]
................................................................................................
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum - KPM................................................................................................
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada pentadbir serta guru di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.
Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan:
:> Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020)...
Sila Klik [Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum] untuk Muat Turun
.......................................................................................................................................................................................
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:
:> Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani)...
.......................................................................................................................................................................................
Buku Perincian KBAT dalam Kokurikulum menerangkan mengenai pelaksanaan elemen KBAT dalam kokurikulum dengan menggunakan pendekatan penyelesaian masalah lima langkah dan contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan. Penerapan elemen KBAT dalam aktiviti kokurikulum tercapai apabila murid telah melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna melalui proses penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti. Hasil tugasan atau projek yang dihasilkan akan menghasilkan kemenjadian murid yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
DOMAIN KEPIMPINAN
• DOMAIN KONSEPSUAL
• DOMAIN KEFUNGSIAN
• DOMAIN “INTERPERSONAL”
• DOMAIN PROGRAMATIK
• KEMAHIRAN ASAS PEGURUSAN
“I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good principal. I have seen unsuccesful school turned around into successful ones and, regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise or fall could readily be traced to the quality of the principal”
President New York Times
Oleh:
Prof. Madya Dr. Sharifah Meriam bt. Syed Akil
Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan
UNISEL
(Universiti Industri Selangor)
.......................................................................................................................................................................................
Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalah berkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Pendidikan yang utuh dan baik akan melahirkan manusia dan juga bangsa yang kuat dan mulia. Oleh itu, pendidikan harus berfungsi untuk menghuraikan segala persoalan diri manusia supaya dapat mengenali dan memahami dirinya. Untuk menggarap hakikat manusia atau insan dengan cukupnya, konsep asas dalam Falsafah Pendidikan harus merujuk kepada ontologi (teori kejadian), epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori nilai).
Oleh:Wan Shamsudin bin Wan Mohd Salleh
Saufi bin Abd. Manaf
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sri layang, Genting Highlands
Sila Klik versi lengkap [ pdf ]
.......................................................................................................................................................................................