Elemen KBAT Dalam Kokurikulum
Buku Perincian KBAT dalam Kokurikulum menerangkan mengenai pelaksanaan elemen KBAT dalam kokurikulum dengan menggunakan pendekatan penyelesaian masalah lima langkah dan contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan. Penerapan elemen KBAT dalam aktiviti kokurikulum tercapai apabila murid telah melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna melalui proses penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti. Hasil tugasan atau projek yang dihasilkan akan menghasilkan kemenjadian murid yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.