Kenyataan Media: Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Seluruh Negara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan jumlah kes jangkitan COVID-19 pada 16 Januari 2021 dan trend kes yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Susulan itu, KPM telah mengadakan perbincangan dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Berdasarkan perbincangan, KPM memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki eperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara. [ ... ]
Sila Klik versi lengkap [ pdf ]
..........................................................................................................................................................................................................................