Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada isu yang sedang tular berkaitan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4.
Untuk makluman, penerbitan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah Tingkatan 4 serta mengikut Prosedur Operasi Standard Penerbitan Buku Teks KPM yang dikemas kini pada tahun 2018.
Pada 24 April 2018, DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah diteliti, disemak dan diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM. Mereka adalah pakar sejarah seramai tujuh (7) orang daripada pelbagai pengkhususan dan kaum. Kandungan DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 adalah berpandukan Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah KPM (2011-2012)... [ ... ]
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap
Kenyataan Media KPM 25 Februari 2021 [ KPM ]
...............................................................................................................................................................................................................