Program GENIUS Remaja ditubuh pada tahun 2010 untuk mempraktikkan amalan pendidikan berterusan bagi anak-anak Malaysia sejak lahir hingga dewasa (from cradle to career) khususnya golongan remaja berisiko B40 dalam memastikan tidak ada anak-anak yang tertinggal dalam mengejar kecemerlangan hidup. Sepanjang 10 tahun pelaksanaan inisiatif ini, strategi bersepadu antara Program GENIUS Remaja dengan PERKASA, UKM telah berjaya melibatkan seramai 6,798 orang remaja di kawasan PPR sekitar Kuala Lumpur.
Daripada jumlah tersebut, 20% telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, 75% telah bekerja atau membuka perniagaan sendiri dan selebihnya masihlagi bersekolah. Seramai 11 orang alumni telah dilantik sebagai tenaga pengajar program ini.
Pameran Foto GENIUS Remaja dan Projek Impian Remaja anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Program GENIUS Remaja bersama-sama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilaksanakan pada 8 Februari 2021 adalah bagi membantu golongan remaja B40 memenuhi keperluan mereka khususnya dalam aspek pendidikan dan ... [ ... ]
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap
Kenyataan Media KPM 10 Februari 2021 [ KPM ]
...............................................................................................................................................................................................................