Friday, February 26, 2021
Kenyataan Media KPM - Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 4
Kenyataan Media KPM - Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 4
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada isu yang sedang tular berkaitan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4.
Untuk makluman, penerbitan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah Tingkatan 4 serta mengikut Prosedur Operasi Standard Penerbitan Buku Teks KPM yang dikemas kini pada tahun 2018.
Pada 24 April 2018, DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah diteliti, disemak dan diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM. Mereka adalah pakar sejarah seramai tujuh (7) orang daripada pelbagai pengkhususan dan kaum. Kandungan DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 adalah berpandukan Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah KPM (2011-2012)... [ ... ]
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap
Kenyataan Media KPM 25 Februari 2021 [ KPM ]
...............................................................................................................................................................................................................
Kenyataan Media KPM : Pemakaian Pakaian Seragam Sekolah
Kenyataan Media KPM : Pemakaian Pakaian Seragam Sekolah
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari 2021 telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.
KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak. Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah. Namun begitu, mengambil kira keadaan
semasa, KPM ingin memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap
Kenyataan Media KPM 24 Februari 2021 [ KPM ]
...............................................................................................................................................................................................................
Friday, February 19, 2021
Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Secara Dalam Talian | Luar Talian Sekolah-sekolah Negeri Pulau Pinang
Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Secara Dalam Talian | Luar Talian Sekolah-sekolah Negeri Pulau Pinang
... [ ... ] Sukacita dimaklumkan Jabatn Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan bahawa pelkasanaan aktiviti kokurikulum perlu dilaksanakan dengan mengambilkira aktiviti kokurikulum adalah wajib mengikut Akta Pendidikan 1996 dan tidak terbatal walaupun berlaku penularan murid membawa markah paling tinggi dalam penaksiran tersebut... [ ... ]
Sila Klik versi lengkap
Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Secara Dalam Talian | Luar Talian Sekolah-sekolah Negeri Pulau Pinang [ JPNPP ]
Manual Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Secara Dalam Talian l Luar Talian 2021 [ JPNPP ]
..........................................................................................................................................................................................................................
Saturday, February 13, 2021
Kenyataan Media KPM - Genius Remaja Komited Merealisasikan Golongan Remaja B40
Kenyataan Media KPM - Genius Remaja Komited Merealisasikan Golongan Remaja B40
Program GENIUS Remaja ditubuh pada tahun 2010 untuk mempraktikkan amalan pendidikan berterusan bagi anak-anak Malaysia sejak lahir hingga dewasa (from cradle to career) khususnya golongan remaja berisiko B40 dalam memastikan tidak ada anak-anak yang tertinggal dalam mengejar kecemerlangan hidup. Sepanjang 10 tahun pelaksanaan inisiatif ini, strategi bersepadu antara Program GENIUS Remaja dengan PERKASA, UKM telah berjaya melibatkan seramai 6,798 orang remaja di kawasan PPR sekitar Kuala Lumpur.
Daripada jumlah tersebut, 20% telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, 75% telah bekerja atau membuka perniagaan sendiri dan selebihnya masihlagi bersekolah. Seramai 11 orang alumni telah dilantik sebagai tenaga pengajar program ini.
Pameran Foto GENIUS Remaja dan Projek Impian Remaja anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Program GENIUS Remaja bersama-sama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilaksanakan pada 8 Februari 2021 adalah bagi membantu golongan remaja B40 memenuhi keperluan mereka khususnya dalam aspek pendidikan dan ... [ ... ]
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap
Kenyataan Media KPM 10 Februari 2021 [ KPM ]
...............................................................................................................................................................................................................
Friday, February 12, 2021
Salam Tahun Baru Cina 2021
..................................................................
Warga Kerja
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah
Mengucapkan
Salam Tahun Baru Cina 2021
30 Jamadilakhir 1442H | 12 Februari 2021
kepada Semua Warga Pendidikan
.....................................................................
...................................................................
Thursday, February 11, 2021
Panduan Ibu bapa Kemaskini Maklumat Murid APDM Secara Atas Talian 2021 - Cikgu Faruze
...................................................................................
Panduan Ibu bapa Kemaskini Maklumat Murid APDM Secara Atas Talian 2021#cikguedutech #cikgufaruze #cikgootube
Mulai tahun 2021 ibu bapa perlu mengemaskini maklumat anda masing-masing secara atas talian tiada lagi penggunaan borang seperti tahun sebelumnya.
Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun.
Sekiranya penjaga utama dan kedua tiada capaian internet dan komputer, ibu bapa boleh memohon kerjasama sekolah untuk membantu dalam mengemaskini maklumat tersebut.
Sebarang masalah sistem boleh terus diajukan di pautan berikut :
Kementerian Pendidikan Malaysia
...................................................................................
...................................................................................
Tontonan Video Hebahan :
>> Sila Klik Panduan Ibu bapa Kemaskini Maklumat Murid APDM
...................................................................................
Monday, February 8, 2021
Hebahan Program Kepimpinan Dalam Talian Projek ID" Impianku Destinasiku' Tahun 2021
Hebahan Program Kepimpinan Dalam Talian Projek ID" Impianku Destinasiku Tahun 2021
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sahsiah dan kepribadian murid pada masa hadapan dari aspek kepimpinan, perwatakan dan inspirasi kerjaya melalui aktiviti bengkel, seminarincangan secara atas talian. Program ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah seluruh negara secara percuma. Program Kepimpinan Dalam Talian ini mengandungi... [ ... ]